Kaedah-kaedah masjid

KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA MASJID SALEHIN,
PULAPOL, KUALA LUMPUR





KANDUNGAN
BAB I
1.         Tajuk Ringkas Dan Mula Berkuatkuasa
2.         Pemakaian

BAB II
3.         Tafsiran

BAB III
4.         Keahlian Dan Yuran
5.         Yuran Ahli
6.         Berhenti Dari Menjadi Ahli

BAB IV
7.         Penubuhan Dan Keanggotaan Jawatankuasa Masjid
8.         Pemilihan Anggota Jawatankuasa masjid
9.         Pelantikan Pengerusi  Dan Ahli Jawatankuasa Masjid
10.       Tempoh Perkhidmatan Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan
11.       Laranga Memegang Jawatan Politik

BAB V
12.       Mesyuarat Agong
13.       Mesyuarat Agong Tergempar
14.       Meyuarat jawatankuasa Masjid
15.       Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Masjid
16.       Biro

BAB  VI
17.       Pindaan Kaedah-Kaedah

BAB VII
18.       Tugas-Tugas Dan Kuasa-Kuasa Pengerusi, Tim. Pengerusi I & II,       Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Ahlijawatankuasa                    dan Juru audit Dalaman

BAB VIII
19.       Kewangan
20.       Elaun Pelbagai
21.       Perbelanjaan Tabung Masjid
22.       Penyata Akaun
23.       Audit
24.       Simpanan Wang Masjid
25.       Pengeluaran Wang Simpanan Masjid

BAB IX
26.       Lapuran tahunan
27.       Bantahan, Rasa Tidak Puas Hati Atau Rayuan
28.       Penggunaan Pinggan mangkuk dan Peralatan Memasak Serta                     
            Peralatan Masjid.
29.       Kesalahan
30.       Jadual

            AM
31.       Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa

BAB 1
PERMULAAN

KAEDAH

1.         Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa
(1)        Kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah Masjid Salehin 2001.

(2)        Kaedah ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan melalui pemberitahuan dalam perintah Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

2.         Pemakaian
  
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya, Kaedah-kaedah ini terpakai bagi semua orang islam yang tinggal dan bertugas di dalam Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Juga terpakai ke atas surau Pusat Latihan Polis dan surau Abdul Rahman Hashim serta Ah-saniah di Pasukan Simpana Persekutuan Kuala Lumpur.

BAB II

3.         Tafsiran 

(1)        Dalam kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang berlainan.

“Ahli Masjid” - Bermaksud semua mereka yang beragama Islam yang bertugas samada secara tetap ataupun menghadiri kursus ataupun menjalani latihan ataupun yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran masjid ataupun pentadbiran Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

“Ahli Jawatankuasa Masjid” - Termasuklah Pengerusi, Timbalan Pengerusi I, Timbalan Pengerusi II, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Juruaudit Dalaman dan Sembilan orang ahli yang telah dipilih atau dilantik semasa Mesyuarat Agong Tahunan.

“Keluarga Ahli”  - Termasuklah isteri, suami, anak dan ibu, bapa, adik-beradik, ibu mertua, bapa mertua, anak tiri, anak angkat yang diambil secara berdaftar yang di bawah jagaan ahli atau yang tinggal tetap bersama dengan ahli.

“Sumbangan”  - Ialah pemberian ikhlas kepada masjid seperti wang tunai atau harta bagi sesuatu kegiatan atau kegunaan masjid yang diterima oleh pihak masjid.

BAB III

4.         Keahlian

(1)        Semua Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Konstabel dan mana-mana orang yang tinggal di dalam kawasan atau di luar kawasan Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang bertugas di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur adalah layak menjadi ahli masjid ini. Keahlian ini akan berkuatkuasa dengan sendirinya apabila mereka mula bertugas secara tetap di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

(2)        Semua Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Konstabel, Konstabel Tambahan dan kakitangan awam yang menjalani kursus latihan di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur tidak kurang dari 4 minggu dengan sendirinya menjadi ahli Masjid Salehin.

(3)        Pelatih-pelatih yang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis ini selama tidak kurang dari 4 minggu tempoh latihan adalah automatik menjadi ahli masjid Salehin.

(4)        Mana-mana peserta kursus yang mengadiri kursus di Pusat Latihan Polis ini tidak kurang dari 4 minggu tempoh latihan.

5.         Yuran keahlian 

Tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada ahli-ahli Masjid Salehin. Walaubagaimanapun, setiap ahli dikehendaki membuat sumbangan amal jariah kepada tabung Masjid Salehin pada setiap bulan sepertimana yang dinyatakan di bawah jadual Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah Masjid Salehin.

6.         Berhenti Dari Menjadi Ahli 

Seseorang itu akan terhenti menjadi ahli Masjid Salehin sekiranya :

(1)        Bertukar atau bersara atau cukup tempoh yang telah ditetapkan atau telah melepaskan atau meletakkan jawaatn yang disandang di dalam Pusat Latihan Polis ini.

(2)        Tidak menjelaskan sumbangan derma amal jariah lebih dari 3 bulan berturut-turut.

BAB IV

JAWATANKUASA MASJID

7.         Penubuhan dan keanggotaan Jawatankuasa Masjid 

Maka hendaklah diadakan suatu Jawantankuasa Masjid yang terdiri dari anggota yang dipilih atau dilantik seperti berikut :-

(a)        Seorang Pengerusi
(b)        Seorang Timbalan Pengerusi I
(c)        Seorang Timbalan Pengerusi II
(d)        Seorang Setiausaha
(e)        Seorang Penolong Setiausaha
(f)        Seorang Bendahari
(g)        (2) orang Juruaudit Dalaman; dan
(h)        (9) Orang Ahli Jawatankuasa Masid 

8.         Pemilihan Anggota Jawatankuasa Masjid 

Pemilihan anggota Jawatankuasa Masjid adalah tertakluk dibawah Kaedah 9 kaedah-kaedah ini, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu perlunya ada satu mesyuarat khas untuk membuat pemilihan yang difkirkan perlu. 

9.         Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid

(1)        Jawatan Pengerusi dengan sendirinya akan disandang oleh Komandan Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sekiranya Komandan bukannya seorang yang berkelayakan untuk menjadi Pengerusi, jawatan ini akan disandang oleh seorang Pegawai Kanan Polis yang mempunyai pangkat yang tertinggi sekali di dalam Pusat Latihan Polis ini. Sekiranya terdapat persamaan pangkat, maka pegawai yang kanan sekali akan menyandang jawatan Pengerusi. Apabila berlaku kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Pengerusi yang terdahulu, maka jawatan ini hendaklah secara automatik disandang oleh penggantinya untuk memegang jawatan Pengerusi.

 (2)       Jawatan Timbalan Pengerusi I dengan sendirinya akan disandang oleh seorang Pegawai Kanan Polis yang mempunyai pangkat kedua tertinggi di dalam Pusat Latihan Polis ini. Sekiranya terdapat persamaan pangkat, maka pegawai kanan sekali akan menyandang jawatan Timbalan Pengerusi I. Apabila berlaku kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Timbalan Pengerusi I yang terdahulu, maka jawatan ini hendaklah secara automatik disandang oleh penggantinya untuk memegang jawatan tersebut.

(3)        Jawatan Timbalan Pengerusi  II  dengan sendirinya akan disandang oleh seorang Pegawai Kanan Polis yang mempunyai pangkat ketiga tertinggi di dalam Pusat Latihan Polis ini. Apabila berlaku kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Timbalan Pengerusi II yang terdahulu, maka jawatan ini hendaklah secara automatik disandang oleh penggantinya untuk memegang jawatan tersebut.

(4)        Jawatan Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi. Perlantikan jawatan ini adalah terletak kepada budi bicara Pengerusi setelah mendapat nasihat dari semua Ahli Jawatankuasa yang ada. Perlantikan tersebut hendaklah dibuat selepas sahaja perlantikan-perlantikan Jawatankuasa lain dipilih.

(5)        Jawatan Penolong Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi.  Perlantikan jawatan ini adalah terletak kepada budi bicara Pengerusi setelah mendapat nasihat dari semua Ahli Jawatankuasa yang ada. Perlantikan tersebut hendaklah dibuat selepas sahaja perlantikan-perlantikan Jawatankuasa lain dipilih.

(6)        Jawatan Bendahari hendaklah dilantik oleh Pengerusi yang pada pandangannya seorang yang layak dan sesuai memegang jawatan tersebut.

(7)        Jawatan Juru Audit Dalaman hendaklah dipilih melalui undi terbanyak di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

(8)        Seramai (9) orang Ahli Jawatakuasa hendaklah dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan. Pemilihan hendaklah dibuat melalui undi majoriti  oleh ahli-ahli.

10.       Tempoh Perkhidmatan Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan

(1)        Tempoh jawatan yang disandang oleh Pengerusi, Timb. Pengerusi  I, Timb. Pengerusi II, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik atau dipilih akan terhenti apabila bertukar atau bersara atau cukup tempoh yang telah ditetapkan atau telah melepaskan atau meletakkan jawatan yang disandang di dalam Pusat Latihan Polis ini.

(2)        Syarat untuk memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa ialah seseorang itu mestilah bertugas tetap di Pusat Latihan Polis ini. Jawatan tersebut tidak boleh disandang oleh mereka yang menjalani sebarang latihan, berkursus atau ditempatkan sementara di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan oleh Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa yang lain.

(3)        Seseorang Ahli Jawatankuasa Masjid boleh berhenti atau diberhentikan dari memegang jawatan melalui salah satu cara berikut:-

(a)        Tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa masjid sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebab-sebab munasabah,

(b)        Dipecat melalui mesyuarat Agung Tergempar atas sebab-sebab yang didapati mencemar nama baik masjid.

(c)        Kurang berupaya atau gagal atau kurang kecekapan untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid atas sebab-sebab kesihatan atau lain-lain sebab yang munasabah.

(d)        Ahli Jawatankuasa yang telah dipecat diatas kesalahan di para (b) tidak boleh lagi dilantik semula untuk menjadi Ahli Jawatankuasa yang baru.

11.       Larangan Memegang Jawatan Politik 

Seseorang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik di negara ini adalah tidak tidak layak menjadi Ahli Jawatankuasa Masjid.


BAB IV
MESYUARAT

12.       Mesyuarat Agung

(1)        Mesyuarat Agung hendaklah diadakan setahun sekali sebelum bulan Mac pada tahun tersebut.

(2)        Setiausaha hendaklah menghantar surat pekeliling pemberitahuan tarikh Mesyuarat Agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung tersebut diadakan.

(3)        Mesyuarat Agung tahunan ini hendaklah menentukan perkara-perkara berikut :-
(a)        Mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu;
(b)        Membentangkan laporan tahunan/aktiviti masjid sepanjang tahun yang lalu ;
(c)        Membentang dan meluluskan penyata kewangan:
(d)        Memilih Jawatankuasa masjid yang baru; dan
(e)        Membincangkan usul dan perkara berbangkit.

(4)        Sesuatu Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan dengan kehadiran tidak kurang dari  (100) orang ahli.


13.       Mesyuarat Agung Tergempar

Di dalam keadaan-keadaan tertentu, satu mesyuarat Agung Tergempar bolehlah diadakan dengan syarat :-

(1)        Hendaklah diadakan apabila diminta secara bertulis dan ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 1/3 dari jumlah ahli. Mesyuarat Agung Tergempar ini boleh juga diadakan apabila dipersetujui  oleh sekurang-kurangnya 2/3 dari jumlah Ahli Jawatankuasa masjid.

(2)        Setiausaha hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Tergempar ini selewat-lewatnya 14 hari dari tempoh permintaan tersebut diterima dan diluluskan.

(3)        Hanya perkara yang disebutkan di dalam permintaan itu sahaja yang boleh dibincangkan.

(4)        Setiausaha dikehendaki memanggil Mesyuarat Agung Tergempar ini dengan cara yang sama seperti Mesyuarat Agung Tahunan.
(5)        Sesuatu Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dijalankan dengan kehadiran tidak kurang dari (100) orang ahli.


14.       Mesyuarat Jawatankuasa Masjid

Mesyuarat Jawatankuasa Masjid bolehlah diadakan dengan syarat:-

(1)        Setiausaha hendaklah memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Masjid ini sebulan sekali. Sekiranya sebab-sebab tidak dapat dielakkan, mesyuarat ini tidak dapat diadakan bagi sesuatu bulan, maka mesyuarat dengan ini tidak boleh tidak hendaklah diadakan pada bulan yang berikutnya.

(2)        Pengerusi Masjid boleh juga memanggil mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa masjid pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

(3)        Setiausaha dikehendaki mengedarkan surat panggilan mesyuarat Jawatankuasa Masjid kepada semua Ahli Jawatankuasa Masjid sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut diadakan.

(4)        Mesyuarat Jawatankuasa Masjid adalah bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara berikut:-

(a)        Mengesahkan minit mesyuarat Ahli Jawatankuasa bagi bulan sebelumnya;
(b)        Membincangkan perkara berbangkit dari minit tersebut;
(c)        Laporan Jawatankuasa kecil / Ahli Jawatankuasa yang telah dipertanggungjawab dengan sesuatu tugas tertentu;
(d)        Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan bulanan ; dan
(e)        Hal-hal lain yang berkaitan dengan hal ehwal masjid.




15.       Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Masjid

Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Masjid ini hendaklah diadakan apabila diminta oleh Pengerusi atau sekurang-kurangnya 2/3 daripada Ahli Jawatankuasa Masjid. Permintaan secara bertulis hendaklah dihantar kepada setiausaha sekurang-kurangnya 3 hari dari tarikh mesyuarat. Mesyuarat hanya boleh membincangkan perkara-perkara yang dinyatakan di dalam permintaaan itu. Semua ahli-ahli yang meminta mesyuarat itu adalah dikehendaki hadir pada mesyuarat tersebut sebagai syarat sah mesyuarat.

16.       Biro

Jawatankuasa Masjid adalah berkuasa untuk melantik beberapa orang sebagai Ketua Biro dari kalangan ahli Jawatankuasa untuk melicinkan aktiviti masjid. Tugas-tugas biro akan dibuat dari masa kesemasa oleh ahli Jawatankuasa Masjid.


BAB VI
PINDAAN KAEDAH-KAEDAH

17.       Pindaan Kaedah-kaedah Pindaan kepada Kaedah-kaedah ini boleh dibuat            di dalam keadaan-keadaan berikut:-
(1)        Permintaan yang dibuat oleh ahli-ahli semasa di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Persetujuan pindaan Kaedah-kaedah ini hendaklah mendapat sokongan majority sekurang-kurangnya 2/3 daripada ahli yang hadir di dalam mesyuarat tersebut.

(2)        kaedah-kaedah ini tidak boleh dipinda, di tambah atau dimansuhkan ke atas mana-mana bahagiannya tanpa persetujuan dan kelulusan melalui Mesyuarat Agung Tahunan.

(3)        Semua syor bagi pindaan yang hendak dibuat, hendaklah dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar. Syor tersebut hendaklah terlebih dahulu dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha 7hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut.

BAB VII

TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI I, TIMBALAN PENGERUSI II, SETIAUSAHA, PENOLONG SETIAUSAHA, BENDAHARI,                                             AHLI JAWATANKUASA MASJID DAN                                                  JURU AUDIT DALAMAN

18.       Pengerusi

Tambahan kepada tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya oleh Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa tugas sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Masjid Salehin, tugas Pengerusi ialah:-

(1)        Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Masjid Salehin;
(2)        Mengetuai pentadbiran Jawatankuasa dan aktiviti-aktiviti masjid Salehin;
(3)        Bertanggungjawab ke atas kemajuan pentadbiran Jawatankuasa dan Masjid Salehin;
(4)        Bertanggungjawab bersama-sama Ahli Jawatankuasa Masjid terhadap kelakuan baik anak kariah masjid yang berkaitan perkara-perkara dengan agama Islam;
(5)        Melaporkan dengan segera kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebarang perkara yang patut diketahui oleh Jabatan Agama;
(6)        Mempastikan bahawa tugas-tugas Jawatankuasa Masjid dijalankan denga betul;
(7)        Mengawal dan mentadbir bersama-sama Jawatankuasa Masjid harta benda masjid termasuk harta yang di wakafkan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang;
(8)        Mempastikan bahawa peruntukan-peruntukan Kaedah-Kaedah ini dipatuhi oleh ahli-ahli;
(9)        Berkuasa untuk melantik mana-mana juga orang yang mempunyai kepakaran atau kebolehan bagi membantu Ahli Jawatankuasa Masjid mentadbirkan masjid; dan
(10)      Berkuasa meluluskan perbelanjaan pengurusan masjid dengan budibicaranya demi kebaikan ahli tidak melebihi  RM 2,000.00 pada satu-satu masa.

19.       Timbalan Pengerusi I

Timbalan Pengerusi I hendaklah membantu Pengerusi menjalankan tugasnya dan hendaklah menjalankan fungsi-fungsi Pengerusi semasa ketiadaannya. Timbalan Pengerusi I juga akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi bila mana Pengerusi tidak berupaya untuk melaksanakan tugas disebabkan sakit, cuti yang berpanjangan ataupun sebab-sebab lain yang memerlukan penggantinya.

20.       Timbalan Pengerusi II

Timbalan Pengerusi II hendaklah membantu Timbalan Pengerusi I menjalankan tugasnya dan hendaklah menjalankan fungsi-fungsi Timbalan Pengerusi I semasa ketiadaanya. Timbalan Pengerusi II juga akan menjalankan tugas-tugas Timbalan Pengerusi I bila mana Timbalan Pengerusi I tidak berupaya untuk melaksanakan tugas disebabkan sakit, cuti yang berpanjangan ataupun sebab-sebab lain yang memerlukan penggantinya.

21.       Setiausaha

Tambahan kepada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan keatasnya oleh Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Masjid, tugas Setiausaha ialah:-

(1)        Menguruskan semua mesyuarat yang perlu diadakan mengikut Kaedah-Kaedah ini;
(2)        Mempastikan supaya keputusan dan dasar Jawatankuasa Masjid dilaksanakan;
(3)        Menjaga dan menyimpan buku-buku rekod-rekod dan lain-lain dokumen Jawatan Kuasa Masjid kecuali yang bersangkutan dengan kewangan;
(4)        Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Masjid dan lain-lain laporan yang perlu disediakan;
(5)        Menyimpan dan menyelenggara suatu daftar rekod mengenai penduduk Islam di dalam kawasan pentadbiran masjid;
(6)        Bertindak sebagai pegawai perhubungan antara Jawatankuasa Masjid dan ahli-ahli dan antara masjid dan jabatan luar;
(7)        Menyediakan laporan tahunan dan menyerahkan satu salinannya kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

22.       Penolong Setiausaha

Tugas-tugas yang dijalankan oleh Penolong Setiausaha ialah :-

(1)        Membantu Setiausaha melaksanakan tugas dan bertanggungjwab apabila diminta berbuat demikian;
(2)        Menggantikan Setiausaha semasa ketiadaannya;
(3)        Bertanggungjawab mengemaskini Kaedah-kaedah ini.

23.       Bendahari

Tambahan kepada tugas-tugas sebagaimana ditentukan oleh Jawatankuasa Masjid, tugas Bendahari ialah :-

(1)        Mengumpul sumbangan ahli dan menyimpan di dalam buku kira-kira simpanan, menyimpan rekod serta baucer penerimaan dan pembayaran;

(2)        Menerima semua derma dari ahli-ahli masjid dan juga orang lain serta menyimpannya di dalam akaun semasa masjid;

(3)        Menyimpan wang perbelanjaan runcit tidak lebih dari RM 500.00 pada satu-satu masa untuk perbelanjaan penyelenggaraan masjid dan aktiviti yang telah diluluskan;

(4)        Menyimpan buku penyata kira-kira wang pendapatan dan perbelanjaan yang dikemaskini;

(5)        Mengeluarkan resit-resit bagi semua wang yang diterima dan menyimpan semua resit-resit bagi wang yang dibelanjakan;

(6)        Menyediakan penyata kira-kira bulanan/tahunan kira-kira kewangan untuk dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Masjid/ Mesyuarat Agung.

24.       Ahli Jawatankuasa Masjid

Tambahan kepada tugas-tugas sebagaimana yang telah ditentukan, tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Masjid ialah :-

(1)        Tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Masjid adalah dikehendaki melaksanakan tanggungjawab yang telah diserahkan kepadanya mengikut keputusan mana-mana mesyuarat yang diadakan mengikut Kaedah-kaedah ini;

(2)        Semua Ahli Jawatankuasa Masjid boleh memeriksa rekod kira-kira wang simpanan perbelanjaan masjid dengan kebenaran Pengerusi;

(3)        Ahli Jawatankuasa Masjid berkuasa meluluskan pengeluaran wang simpanan masjid sebanyak RM 5,000.00 untuk kegunaan Masjid pada satu-satu masa. Pengeluaran jumlah wang tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan didalam satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid.

25.       Juru Audit Dalaman

Tugas juru audit dalaman ialah :-

(1)        Bertanggungjawab memeriksa buku kira-kira pada bila-bila masa; dan

(2)        Bertanggunjawab memeriksa penyata kira-kira dan mengesahkannya betul untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.




BAB VIII

KEWANGAN

26.       Elaun

Tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Masjid akan diberi cenderahati dengan kadar tidak melebihi RM 300.00 atas alasan samada bertukar, bersara atau tidak dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa pada tahun berikutnya.

27.       Elaun Pelbagai

Mana-mana juga Ahli Masjid Salehin yang dihantar untuk menjalankan kursus atau seminar atau latihan yang difikirkan berfaedah kepada masjid, akan dibayar wang elaun mengikut kadar yang berpatutan. Jumlah pemberian wang elaun ini adalah atas budi bicara dan persetujuan Pengerusi dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid Salehin.

28.       Perbelanjaan Tabung Masjid

Hasil dari kutipan atau pendapatan oleh masjid akan dibelanjakan atau diuruskan atas persetujuan ahli untuk kegunaan seperti berikut:-

(1)        Memberi wang saguhati kepada pegawai masjid pada tiap-tiap bulan;

(2)        Membeli, menambah, memperbaiki kelengkapan harta benda mana-mana yang tidak diberi atau dibantu oleh kerajaan;

(3)        Membayar wang saguhati kepada guru-guru agama Al-Quran yang mengajar anak-anak ahli dan pensyarah agama yang telah dipersetujui untuk mengajar atau memberi syarahan di Masjid Salehin dan surau yang bergabung di bawahnya di dalam kawasan Pusat Latihan Polis ini.

(4)        Memberi saguhati kepada ahli-ahli yang akan menunaikan fardhu haji sebanyak RM 500.00 mengikut peruntukan kewangan semasa yang diputuskan dalam mesyuarat masjid bulanan dengan syarat menjadi ahli tidak kurang daripada satu tahun. Pemberian saguhati ini walaubagaimanapun hanya akan diberi sekali sahaja kepada ahli terbabit;

(5)        Apa-apa juga aktiviti yang difikirkan perlu untuk kepentingan Masjid yang memerlukan perbelanjaan wang simpanan Masjid dengan syarat aktiviti-aktiviti tersebut adalah diluluskan atau dibenarkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid.

29.       Penyata Akaun

Bendahari hendaklah menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod yang sewajarnya bagi segala urusan dan hendaklah menyediakan suatu penyata akaun mengenainya bagi setiap tahun untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan atau lain-lain mesyuarat jika diperlukan.

30.       Audit

Akaun masjid hendakah diauditkan pada setiap tahun atau pada bila-bila masa yang diperlukan oleh Juru Audit berkelayakan.

31.       Simpanan Wang Masjid

Segala wang yang diperolehi oleh masjid hendaklah diselenggarakan seperti berikut:-

(1)        Semua wang masjid hendaklah disimpan dalam kira-kira simpanan semasa ( current account) di dalam mana-mana Bank Islam di atas nama ‘MASJID SALEHIN’.

(2)        Wang masjid tidak boleh disimpan di dalam kira-kira simpanan atau kira-kira simpanan tetap bertujuan untuk mengelakkan dari terlibat dengan riba’ kecuali simpanan tetap di dalam Bank Islam.



32.       Pengeluaran Wang Simpanan Masjid

Pengeluaran wang simpanan masjid dari bank dengan menggunakan cek hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang iaitu:-
i)          Pengerusi dan bendahari; atau
ii)         Jika ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi I dan Bendahari; atau
iii)         Jika ketiadaan Timbalan Pengerusi I, Timbalan Pengerusi II dan Bendahari.

Selain daripada yang mereka namakan di atas, pengeluaran menggunakan cek adalah tidak boleh dibenarkan.  


BAB IX
PELBAGAI

33.       Laporan Tahunan

Setiausaha hendaklah tidak lewat daripada bulan Februari pada setiap tahun menyediakan satu laporan tahunan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

34.       Bantahan, Rasa Tidak Puas Hati Atau Rayuan

Apa-apa bantahan, perasaan tidak puas hati atau rayuan berhubung dengan mana-mana pemilihan atau perlantikan di bawah Kaedah-kaedah ini hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Pengerusi.

35.       Penggunaan Pinggan Mangkuk dan Peralatan Memasak serta Peralatan Masjid

1)         Kegunaan pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang dimiliki oleh masjid hendaklah dibuat dengan cara mengisi borang yang telah disediakan dan borang tersebut mestilah dihantar kepada pihak masjid tidak lewat dari 60 hari dari tarikh yang barangan tersebut hendak digunakan. Bayaran untuk menggunakan pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang dikenakan adalah seperti berikut:-
a)         Ahli dan bekas ahli adalah percuma;

b)         Pegawai Kanan Polis, anggota dan pesara Polis ( bukan ahli masjid Salehin) yang beragama Islam, bayaran sebanyak RM3.50 dikenakan bagi setiap satu hidangan;

c)         Orang awam ( bukan ahli masjid Salehin) yang beragama Islam, bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan bagi setiap satu hidangan.

2)         Sekiranya terdapat pinggan mangkuk atau peralatan alat masak yang rosak, pecah atau hilang, dikehendaki membayar ganti rugi kerosakan atau kehilangan barang tersebut mengikut harga barangan tersebut.

3)         Penggunaan peralatan Masjid selain para (1) hendaklah mendapat kelulusan dari Ahli Jawatankuasa Masjid. Bayaran menggunakan peralatan tersebut akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid.

4)         Pinjaman bagi menggunakan peralatan-peralatan yang dinyatakan di bawah para (1) dan (3) hendaklah diberi keutamaan kepada ahli-ahli Masjid Salehin dan juga kepada mereka yang beragama Islam.

36.       Kesalahan

Mana-mana juga ahli Masjid Salehin yang melanggar mana-mana juga kehendak di bawah Kaedah-kaedah ini adalah dianggap telah melakukan satu kesalahan serta boleh didakwa di bawah mana-mana juga undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini.

JADUAL
(Seksyen 5)

Sumbangan Amal Jariah kepada Tabung Masjid

1.         Pegawai yang diwartakan                              -           RM 5.00
2.         Inspektor Percubaan hingga C/Inspektor      -           RM 3.00
3.         Konstabel hingga Sub-Inspektor                     -           RM 2.00
 4.        Pelatih-pelatih di semua peringkat                  -           RM 2.00
            5.         Kakitangan awam di semua peringkat           -           RM 2.00
            Nota :
Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Salehin 2011/ 2012
Bertarikh 10 Mei 2011 (Selasa) telah memutuskan, Sumbangan
Amal Jariah berbentuk Wang Tunai oleh Ahli Masjid Salehin
dinaikkan  sebanyak RM 1.00.setiap bulan bagi semua kategori.




AM

TUGAS-TUGAS AHLI JAWATAN KUASA MASJID

1.         KELAYAKAN MENJADI AHLI JAWATANKUASA MASJID / SURAU:-
a.         Islam.
b.         Lelaki / Perempuan
c.         18 tahun keatas.
d.         Anak Kariah Masjid / Surau terdekat
e.         Tidak terlibat dengan jenayah.
f.          Tidak muflis.
g.         Bagi Jawatankuasa Kariah Masjid/ surau, mesti dilantik oleh Majlis. Manakala surau boleh dilantik melalui Mesyuarat Agung 2 tahun sekali.
h.         Tidak pernah dipecat jawatannya oleh Majlis.
i.          Syarat-syarat lain seperti sempurna akal dan akhlak.
J.         Tidak terlibat secara aktif dalam mana-mana parti politik.


2.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UMUM JAWATANKUASA KARIAH ATAU JAWATANKUASA PENTADBIRAN MASJID:

a.         Bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik bagi masjid dan semua tanah perkuburan islam dan Kariahnya.

b.         Bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak Kariah dalam perkara yang berhubungan dengan agama islam.

c.         Memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah itu yang menghendaki perhatian Majlis.

d.         Hendaklah dari masa ke semasa meminta fikiran, saranan dari anak-anak kariah dan mengadakan rundingan dan dialog dengan mereka mengenai perkara yang berkaitan dengan tugas.

e.         Hendaklah memberikan pertimbangan yang wajar kepada fikiran dan saranan anak kariah.

f.         Hendaklah sentisa memberitahu anak kariah mengenai aktiviti, masjid, kewangan dan keputusannya.

g.         Hendaklah merujuk kepada Jabatan untuk apa-apa keputusan, masalah, soalan, pertelingkahan atau percanggahan yang tidak berupaya diselesaikan berkaitan dengan tugas dan tanggungjawabnya.

h.         Bertanggungjawab mendapatkan buah fikiran dan saranan anak kariah, Ahli jawatankuasa Kariah boleh mengundang mereka menghadiri apa-apa mesyuarat.

i.          Berusaha untuk memberi perkhidmatan dengan sempurna sebagaimana yang ditentukan di dalam “PIAGAM PELANGGAN MASJID-MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN 1996”

j.          Memastikan anak kariah menjaga tatatertib ketika di masjid sebagaimana yang terkandung dalam buku “PANDUAN TATATERTIB DI MASJID 1986”.

k.         Bersedia mematuhi arahan MAJLIS, JAWI serta bekerjasama dengan Jawatankuasa Qariah Masjid yang lain.

l.          Dua orang daripada tiga penama berikut ; Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari boleh menandatangani cek bagi amaun yang telah ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid.


3.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGERUSI JAWATANKUASA
KARIAH / MASJID

a.         Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan lain-lain Mesyuarat yang perlu dipengerusikannya.

b.         Bertanggungjawab bersama-sama Jawatankuasa Kariah atas perilaku baik anak-anak Kariah Masjid yang melibatkan perkara-perkara yang ada hubungkait dengan Agama Islam.

c.         Melaporkan kepada Jabatan dengan segera segala perkara yang berbangkit dalam Kariah yang patut diketahui oleh jabatan.

d.         Memastikan bahawa tugas-tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Kariah dijalankan dengan teratur dan betul.

e.         Mengawal dan mentadbir bersama-bersama Jawatankuasa Kariah terhadap semua harta benda Masid termasuk harta wakaf setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan Jabatan.

f.          Memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Akta 505, kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah Wilayah Persekutuan dan Piagam Pelanggan Masjid 1996 dipatuhi dan dilaksanakan.

g.         Mengarahkan mesyuarat diadakan setiap 2bulan sekali dan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu

h.         Undi pemutus mengenai apa-apa persoalan yang sama banyak bilangan undinya.

i.          Pengerusi dilarang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan politik.

j.          Mana-mana tugas lain yang diarajkan dari masa ke semasa.

4.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA KARIAH MASJID

a.         Mempengerusikan Mesyuarat Jawatannkuasa Kariah dan juga mewakili Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.

b.         Membantu Pengerusi menjalankan tugasnya dari masa ke semasa.

c.         Mengambil alih tugas Pengerusi sekiranya Pengerusi tidak berupaya seperti sakit, cuti dan sebagainya.

d.         Membantu Pengerusi dalam menyelaraskan program-program/ aktiviti semua Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Madrasah-Madrasah serta Surau-surau Kariah.

e.         Mengaturkan perjumpaan dengan Madrasah’ Surau di bawah Pengelolaan Masjid dan juga dengan Badan-badan Sukarela/ Pertubuhan yang terdapat dalam kariah.

5.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA JAWATANKUASA KARIAH / MASJID

a.         Mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Kariah, sekuarang-kurangnya tujuh hari notis kepada setiap Ahli Jawatankuasa Kariah mengenai tiap-tiap mesyuarat..

b.         Menyediakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan lain-lain Laporan yang perlu diserah kepada Jabatan.

c.         Memastikan supaya keputusan dan dasar mesyuarat Jawatankuasa Kariah dilaksanakan.

d.         Menjaga dan menyimpan buku-buku, rekod-rekod Minit Mesyuarat dan lain-lain dokumen Jawatankuasa Kariah kecuali yang bersangkutan dengan kewangan.

e.         Menyediakan Laporan Aktiviti Tahunan untuk dikemukakan kepada Jabatan sebelum 15 Februari.

f.          Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan di antara Jawatankuasa Kariah dan anak Kariah, dan di antara Masjid dengan Jabatan.

g.         Menyimpan dan menyelenggara suatu daftar penduduk Islam Kariah

h.         Lain-lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah dari masa ke semasa.

6.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BENDAHARI JAWATANKUASA KARIAH/MASJID

a.         Menubuhkan dan menyelenggara Tabung Kewangan Masjid yang hendak dimasukkan ke dalamnya semua derma atau sumbangan dari mana-mana orang untuk kepentingan masjid dan Tabung Kewangan ini hendaklah di uruskan oleh Jawatankuasa Kariah.

b.         Menyimpan, menyelenggara dan menjaga buku-buku, rekod-rekod akaun dan lain-lain dokumen Jawatankuasa Kariah berhubung dengan kewangan.

c.         Menerima semua wang, yang dibayar kepada atau atas akaun Tabung Kewangan Masjid dan mengeluarkan resit baginya.

d.         Melaksanakan pembayaran yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kariah/Masjid dalam mesyuaratnya.

e.         Mengurus mengikut arahan Jabatan semua wang yang dibayar kepada atau yang ada dalam kira-kira Tabung Kewangan Masjid.

f.          Menyediakan penyata kewangan bulanan dan menyerahkannya kepada Jabatan.

g.         Mengadakan acara berhubung dengan perbelanjaan dan penggunaan wang Tabung Kewangan Masjid yang hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Kariah.

h.         Bendahari hendaklah menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod yang wajar bagi segala urusan dan hendaklah menyediakan suatu Penyata Akaun mengenainya untuk setiap tahun.

i.          Memastikan Akuan Masjid hendaklah diaudit tiap tahun oleh Juru Aundit yang berkelayakan yang disenaraikan oleh Majlis.

j.          Membayar gaji/ elaun/ saguhati/ kepada kakitangan masjid/ orang sukarela yang dilantik oleh Jawantakuasa Masjid dan menguruskan Caruman.

k.         Menyedia dan membentang Penyata Kewangan pada mesyuarat Jawatankuasa Kariah.

l           Menguruskan dengan Jawatankuasa Baitulmal supaya dibuka satu akaun berasingan di dalam Baitulmal untuk Tabung Kewangan Masjid.

m.        Lain-lain tugas dengan kewangan.

7.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA BAHAGIAN KEBAJIKAN

a.         Memastikan tanah perkuburan yang terdapat dalam kariah

b.         Sekiranya tiada tanah perkuburan, hendaklah memaklumkan kepada anak kariah tanah perkuburan yang berdekatan dengan kariahnya

c.         Bertanggungjawab memelihara kebersihan dan keselamatan tanah perkuburan

d.         Memastikan urusan pengedalian jenazah dan memandi, mengkafan, solat jenazah, pengalian tanah kubur dan pengkebumian jenazah dilaksanakan secara sempurna

e.         Mengumpul dan menyediakan senarai lengkap untuk panduan anak kariah mengenai badan-badan sukarela, pemandi jenazah, penggali kubur, kereta jenazah, amil-amil, juru nikah dan sebagainya

f.          Mewujudkan Khairat kematian
           
g.         Mewujudkan tabung bantuan kecemasan

h.         Mengumpul maklumat anak-anak yatim, fakir miskin, saudara baru dan individu yang memerlukan bantuan dalam kariah

i.          Bekerjasama dengan badan-badan Agensi yang berkaitan seperti DBKL, polis, bomba dan lain-lain, untuk merealisasikan kebajikan anak kariah.

8.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA BAHAGIAN SAMBUTAN DAN PERAYAAN

a.         Bertanggungjawab menerima dan menyelaras program-program lawatan ke Masjid

b.         Bekerjasama dengan semua pihak bagi menjayakan upacara perayaan diperingkat Kariah

c.         Menyusun program Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri/ Hari Raya Aidiladha

d.         Menyusun program sambutan Hari Kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nisfu Syaaban, Nuzul Quran dan lain-lain

e.         Pengurusan Ibadah Qurban, Aqiqah dan Berkhatan beramai-ramai

f.          Menubuhkan kumpulan kompang, nasyid dan lain-lain aktiviti.

9.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA BAHAGIAN KEBERSIHAN DAN PENYELIAAN BANGGUNAN

a.         Bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keindahan seluruh kawasan masjid dan Penyeliaan Banggunan ( antaranya dewan solat, bilik wudhu, tandas dan lain-lain )

b.         Memastikan supaya seluruh banggunan dan kawasan Masjid berada dalam keadaan baik

c.         Bertanggungjawab ke atas struktur banggunan Masjid dan keselamatan harta benda terkawal

d.         Menyimpan kunci pendua bagi SEMUA pintu-pintu yang ada dalam kawasan Masjid

e.         Menyedia dan menyelenggara senarai ‘iventori’ terhadap Kompleks Masjid.


10.       TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA BAHAGIAN PELAJARAN

a.         Menggerakkan aktiiti kelas fardhu ain, al-Quran, bimbingan dan tadika

b.         Mewujudkan kelas-kelas bimbingan bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM

c.         Menganjurkan kursus, bengkel, seminar dan lain-lain yang berkaitan dengan pendidikan anak kariah

d.         Mewujud dan menyelia perpustakaan di masjid.




11.       TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA BAHAGIAN DAKWAH (IMAM KERJAAN)

a.         Mengatur dan menguruskan kuliah-kuliah/ ceramah-ceramah bagi jemaah di Masjid

b.         Memastikan penceramah-penceramah yang di jemput bertauliah

c.         Menyelaras Majlis Tilawah Al-Quran, Marhaban/ berzanji atau lain-lain Majlis yang berbentuk keagamaan dan pertandingan di peringkat Masjid/ Kariah d. Menyusun program Ihya’ Ramadhan

e.         Mempelbagai aktiviti dakwah di Masjid seperti kursus, seminar, diskusi, forum, dialog dan sebagainya

f.          Menyelaras aktiviti dakwah di antara masjid dan surau-surau dalam Kariah.

12.       TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA BAHAGIAN SERANTA DAN SILATURRAHIM

a.         Menerbitkan bahan-bahan bercetak seperti Buku Panduan, makalah, risalah dan lain-lain untuk diedarkan kepada ahli kariah

b.         Berusaha untuk mendapatkan data-data dan maklumat anak kariah serta mendokumentasikannya

c.         Berusaha mewujudkan hubungan silaturrahim dengan semua penduduk Islam dalam kariah untuk menyertai setiap program anjuran masjid meliputi KERJA-KERJA AMAL, GOTONG-ROYONG, MAJLIS PERJUMPAAN DAN SUAI KENAL, SEMINAR, DISKUSI, SESI DIALOG, HARI KELUARGA dan lain-lain d. Berusaha mengadakan sesi dialog di antara anak kariah dengan pihak-pihak penguatkuasa seperti polis, bomba, DBKL dan lain-lain agensi ke arah mewujudkan suasana kesejahteraan kepada masyarakat

e.         Menjalinkan hubungan silaturrahim dengan surau/madrasah, pertubuhan, badan sukarela dan anak kariah

 f.         Memupuk semangat Kejiranan Masjid pada anak kariah

g.         Mendedahkan program dan aktiviti Masjid kepada masyarakat melalui media masa elektronik

h.         Mengadakan khidmat nasihat untuk jemaah dan anak kariah.



13.       AM

13.1.    Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96 Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

13.2.    Mana-mana orang lelaki yang baligh yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-keduanya.

13.3.    Mana-mana orang yang menghasut atau mendorong mana-mana orang islam supaya tidak menghadiri masjid atau pengajaran agama atau apa-apa upacara agama adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh  tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

13.4.    Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan sopan bertentangan dengan hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

13.5.    Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan niat menghina atau mempersendakan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

13.6.    Mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.






13.7.    Jadual kerja Imam ;

a.         Dikehendaki berada di masjid 15 minit sebelum masuk waktu sembayang

b.         Dikehendaki berada di masjid 45 minit selepas masuk waktu sembahyang

c.         Berjumlah satu jam berada di masjid pada setiap waktu sembahyang

d.         Hari kelepasan ialah pada hari Ahad.

13.8.    Jadual kerja Bilal

a.         Dikehendaki berada di masjid 30 minit sebelum masuk waktu sembahyang

b.         Dikehendaki berada di masjid 30 minit selepas masuk waktu sembahyang

c.         Berjumlah satu jam berada di masjid pada setiap waktu sembahyang

d.         Hari kelepasan ialah pada hari isnin.

13.9.    Jadual Kerja Noja

a.         Dikehendaki berada di masjid atau dikawasannya dari jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang kecuali waktu-waktu rehat

b.         Hari kelepasan ialah pada hari ahad dan separuh hari sabtu.